Aktiviti Terkini

Mon Jan 30 @08:00 - 05:00PM
MKSP

Waktu Solat

Info Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday648
mod_vvisit_counterYesterday837
mod_vvisit_counterThis week6131
mod_vvisit_counterLast week5206
mod_vvisit_counterThis month22604
mod_vvisit_counterLast month28368
mod_vvisit_counterAll434177

Online (20 minutes ago): 13
Your IP: 38.107.179.237
,
Now is: 2012-01-28 22:21
Selamat datang ke portal BTPNKL
JASAMU DIKENANG
Written by Rosilawati Bt Maabar   
Wednesday, 18 January 2012 23:49

kanum

 

Warga BTPNKL dan Unit PSP khasnya  ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam alam baharu iaitu alam persaraan kepada Ketua Unit PSP,

Puan Mahanum Binti Ismail (Pegawai Teknologi Pendidikan DGA34) yang telah bersara pada 5 Januari 2012. Semoga Allah SWT menganugerahkan

beliau kehidupan yang berbahagia disamping keluarga. Semoga beliau akan  tetap terus  menyumbangkan bakti untuk bangsa, agama dan negara InsyaAllah.

Terima kasih segunung budi,
Jasa kusimpan dilubuk hati,
Tunjuk dan ajar penyuluh hari,
tegur nasihat amat dihargai..

Last Updated on Wednesday, 18 January 2012 23:57
 
Lawatan Kerja Tim. Pengarah BTP
Written by Haslizah bt Jibin   
Saturday, 03 December 2011 09:04

timpeng

Pada hari Rabu, 16 November 2011, PKG Segambut Jaya, Keramat dan Sentul  telah dilawati oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari, BTP iaitu Tn Hj Wan Mohd Noor bin Wan Endut dan En Abdul Kadir bin Abdul Wahab, pegawai Bahagian Kewangan BTP. Lawatan berkenaan turut disertai oleh En Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur.

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segambut Jaya, iaitu Pn Haslizah bt Jibin telah menyampaikan beberapa maklumat yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya serta aktiviti-aktiviti sekolah-sekolah ahli yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2011. Merupakan lokasi kedua yang dilewati oleh beliau untuk lawatan kerja ke pusat kegiatan guru Wilayah Kuala Lumpur

Last Updated on Saturday, 03 December 2011 09:28
 
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM 2011  E-mail
Written by Rosilawati Bt Maabar   
Friday, 11 November 2011 12:35

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM 2011 anjuran

BTPNKL dengan kerjasama PPPPSM telah berjaya diadakan di Dewan Toh Puan

Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Kuala Lumpur pada 10 November 2011.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi ini telah diserikan dengan kehadiran

Y.Bhg. Dato' Hj Khairil Bin Hj Awang, Pengarah Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan.

Seramai 550 tetamu jemputan  termasuk para pelajar yang menerima hadiah

pertandingan membaca  Program NILAM dan juga pihak media telah menghadiri majlis ini.

Lawatan ke tapak pameran buku skrap dan Big Book juga telah mencuri perhatian para

tetamu semasa majlis diadakan.Turut serta ialah Y.Bhg. Dato' Pengarah yang begitu

teruja ketika melawat ke tapak pameran serta  dan berkongsi idea mengenai bahan

pameran dan aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah.

Jutaan terima kasih dan tahniah daripada BTPNKL kepada semua pemenang dan AJK

yang telah bertungkus- lumus menjayakan majlis ini.

SILA KE GALERI MAJLIS, DISINI

Last Updated on Saturday, 26 November 2011 09:33
 
Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011
Written by mohdssa   
Sunday, 30 October 2011 10:17

1malaysia

Tema   : Pembacaan Pemangkin 1Malaysia

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011 ( KM1M 2011)

akan berlangsung selama satu minggu

bermula 31 Oktober hingga 4 November 2011.

Program Read2011: "One Nation Reading Together "

juga akan dijalankan serentak dengan Program KM1M 2011.

 

 

 

Pelancarannya akan dilakukan pada ketetapan berikut:
Tetamu Kehormat :

YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri Pelajaran

Tarikh : 2 November 2011 ( Rabu)
Masa   : 9.30 pagi ( selama 2,011 saat atau 33.5 minit)
Tempat : SK Bukit Damansara dan  juga sekolah-sekolah yang telah

mendaftar melalui    www.readtogether.com.my


Last Updated on Sunday, 30 October 2011 10:34
 
Bengkel MSC Malaysia Digital Storytelling - Animasi / Snaptoon Kids 2011
Written by Syam Irza Sham   
Friday, 21 October 2011 13:18

 

snaptoons p1010095

Bengkel in dikolaborasikan bersama pihak Kementerian Pelajaran (BTP & BTPNKL), MDeC dan Cartoon Network ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Oktober 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur. Ia bertujuan memberi peluang kepada murid sekolah rendah untuk berkongsi idea serta membantu mereka dalam penciptaan karakter serta papan cerita. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, En. Mohd Sanusi Saseetharan bin Abdullah dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari BTP, MDeC, Astrolife & Cik Cecilia Yee, wakil pengurusan Cartoon Network, Hong Kong. Bengkel ini telah disertai seramai 21 murid & 5 guru serta beberapa orang pemenang pertandingan yang telah dianjurkan oleh Astrolife. Sebagai penyeri majlis, karakter Iwan ‘Bola Kampung’ tampil pada akhir bengkel bagi memeriahkan suasana.

Last Updated on Saturday, 22 October 2011 10:32
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 1 of 17
Joomla 1.5 themes by Lonex.