IBADAH

 
PERKAHWINAN
KHIFIAT PERKAHWINAN
TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
MASALAH RUMAHTANGGA
POLIGAMI
KEMAHIRAN KEIBU BAPAAN
UNDANG KELUARGA ISLAM
ANAK AMANAH ALLAH

 


 

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.




Firman Allah s.w.t

annur

Maksudnya : Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. Surah An Nur 32


Sabda Rasulullah s.a.w

surah01
Maksudnya:
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.