Mengapakah manusia melakukan dosa? i.terpengaruh dengan kawan ii. ingin membalas dendam iii.terlalu bercita-cita tinggi iv. ingin hidup bebas tanpa batasan
i dan ii
ii dan iii
i dan iii
i dan iv
Berikut adalah dosa-dosa besar, kecuali :-
melakukan riba
menerima rasuah
menghina ibubapa
mencuri
Berikut merupakan perkara-perkara yang termasuk dalam derhaka kepada ibubapa kecuali..
bercakap dengan kuat
menengking ibubapa
menghina mereka
membiarkan mereka hidup susah
Seseorang itu dikira memaki ibubapanya sendiri apabila:-
dia menyuruh orang lain memaki ibubapanya
dia memaki ibubapa orang lain di mana, orang lain akan memaki ibubapanya pula
apabila orang lain memaki ibubapanya
apabila dia marah orang lain memaki ibubapa mereka
Berikut adalah hikmat kenapa Islam mengenakan hukum potong tangan kepada pencuri kecuali :-
untuk memberitahu kepada masyakarat bahawa dia adalah pencuri.
memberi pengajaran kepada pencuri dan orang lain.
untuk menjaga kemakmuran masyarakat
menggalakkan penganiayaan
Berikut adalah syarat yang membenarkan seseorang pencuri itu dikenakan hukum potong tangan, kecuali..
cukup umur dan sempurna akal
mencuri sesuatu dengan kuantiti yang banyak
tidak dipaksa melakukannya
barang yang dicuri disimpan ditempat yang sepatutnya
Hukuman menurut undang-undang Islam kepada perompak yang membunuh ialah..
dipotong tangan dan kaki dengan bersilang
dibuang negeri
disalib
dipotong tangan
Maksud riba..
keuntungan daripada sesuatu perniagaan.
faedah daripada wang simpanan di bank
hasil simpanan di bank
pertambahan bayaran pinjaman
Berikut adalah tujuan Islam mengharamkan riba, kecuali...
membanteras kezaliman
sebagai hukuman kepada orang yang memakan riba
mencegah daripada sifat mementingkan diri sendiri
mengecilkan jurang kehidupan antara orang kaya dengan orang miskin
Anak yatim dibenarkan menguruskan harta mereka sendiri apabila.. i. apabila mereka mampu menguruskannya sendiri ii. apabila mereka dapat mencari sendiri pengurus mereka. iii. setelah mereka baligh iv. setelah mereka berjaya memasuki universiti
i dan ii
i dan iv
i dan iii
ii dan iv
Berikut adalah akibat makan harta anak yatim, kecuali..
dirampas hartanya oleh kerajaan
dibalas oleh Allah sejak didunia lagi
akan dibangkitkan pada hari kiamat seperti orang yang mabuk
dimasukkan kedalam neraka
Lari dari medan perang jihad adalah dosa besar. Maksud perang jihad adalah..
Peperangan yang berlaku dimana sahaja diseluruh dunia
peperangan untuk menghapuskan semua orang kafir
perang di antara orang Islam dengan orang kafir untuk mempertahankan kesucian agama Islam.
peperangan yang mesti disertai oleh orang-orang Islam kerana ia untuk menjaga negara umat Islam
Berikut adalah akibat dari lari dari medan perang kecuali...
dipandang hina oleh masyarakat
umat Islam akan ditindas
akan menerima balasan diakhirat kelak
berjaya menyusun strategi baru
Maksud Ghibah ialah...
mengadu domba
memfitnah
mengumpat
menipu
Islam mengibaratkan perbuatan ghibah sebagai..
menikam diri sendiri
memakan daging saudaranya sendiri
membuka pekong didada
menghancurkan masa depannya sendiri
Perbuatan mengumpat termasuk dalam dosa besar.Di antara sebab yang mendorong perbuatan tersebut ialah..
tidak mahu mengakui kelebihan orang lain
tidak mahu menjatuhkan maruah dirinya
tidak mahu dirinya dipandang hina
tidak mampu menghadapi kegagalan dalam hidup
Mengikut hukum hudud hukuman kepada peminum arak adalah..
disebat 80 kali
disebat 40 kali
disebat 100 kali
disebat 50 kali
Diantara hikmat pengharaman arak ialah.. i.menjaga kewarasan akal ii.mencegah penjual arak daripada mendapat keuntungan yang lebih iii.mengelakkan perkelahian iv.untuk menjaga hak asasi manusia
i dan ii
ii dan iii
i dan iii
ii dan iv
Menagih dadah adalah diharamkan dalam Islam, kerana ia mengakibatkan..
seseorang penagih susah untuk sembuh
seseorang penagih susah untuk mendapat teman hidup
seseorang penagih akan mendapat anak yang cacat
seseorang penagih itu terdedah kepada kegiatan jenayah
Di antara cara untuk mencegah daripada merebaknya penagihan dadah..
menjatuhkan hukuman bunuh kepada penagih dadah
perhatian sepenuhnya daripada keluarga
berbincang dengan penagih dadah tentang bagaimana hendak mengatasinya
mengasingkan penagih ke satu tempat yang jauh.
Maksud Zina...
pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan
perhubungan antara pasangan yang sudah berkahwin
persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
lelaki dan perempuan berdua-duaan ditempat ynag bersembunyi
Hukum kepada penzina yang muhsan..
disebat 100 rotan
direjam dengan batu sampai mati
disebat 80 rotan
dibuang negeri
Diantara faktor yang mendorong kepada perbuatan zina.. i. mengunjungi tempat-tempat maksiat ii.mengamalkan pergaulan bebas iii.lari dari rumah iv.gagal dalam peperiksaan
i dan ii
ii dan iv
ii dan iii
i dan iii
Maksud Qazaf ialah..
Menuduh seseorang yang baik melakukan dosa
Menuduh seseorang yang baik meminum arak
Menuduh seseorang yang baik melakukan zina
Menuduh seseorang yang baik mencuri
Hukuman kepada orang yang melakukan Qazaf ialah..
sebat 40 kali
sebat 80 kali
sebat 100 kali
sebat 50 kali
Hikmat dijatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan Qazaf i. menjaga kehormatan orang melakukan Qazaf. ii.menjaga kehormatan orang yang dituduh iii. mengelakkan orang yang menuduh daripada tekanan jiwanya iv. mengelakkan orang yang dituduh daripada tekanan jiwanya
i dan ii
ii dan iii
ii dan iv
i dan iv
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya liwat dan musahaqah.. i.pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ii.terpengaruh dengan budaya liar iii.berlakunya pendedahan aurat iv.tidak sanggup memikul tanggungjawab suami atau isteri
i dan iii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Perbuatan liwat dikenali sempena nama suatu kaum nabi...
Saleh
Lut
Noh
Hud
Di antara cara untuk mengatasi perbuatan membunuh diri..
berusaha memajukan diri mengikut lunas - lunas yang betul
berasa bangga dengan kelebihan diri sendiri
jangan pedulikan apa kata orang lain terhadap diri kita sendiri
pentingkan diri sendiri sebelum menjaga kepentingan orang lain.