Azlin, seorang pemilik perniagaan telah mengambil barang niaga yang bernilai RM 650 untuk kegunaan anaknya. Manakah antara berikut merupakan catatan bergu yang betul ?
Akaun stok didebitkan dan akaun belian dikreditkan.
Akaun belian didebitkan dan akaun ambilan dikreditkan.
Akaun belian didebitkan dan akaun stok dikreditkan.
Akaun ambilan didebitkan dan akaun belian dikreditkan.
Perniagaan Merry membayar RM 3 150 untuk menjelaskan akaun penuhnya RM 3 300 kepada Syarikat Berjaya. Apakah catatan bagi urusniaga tersebut ?
Syarikat Berjaya didebitkan RM 3 300 manakala akaun bank dikreditkan RM 3 150 dan diskaun diberi dikreditkan RM 150.
Akaun bank didebitkan RM 3 150 dan diskaun diberi didebitkan RM 150 manakala Syarikat Berjaya dikreditkan RM 3 300.
Syarikat Berjaya didebitkan RM 3 300 manakala akaun bank dikreditkan RM 3 150 dan diskaun diterima dikreditkan RM 150.
Akaun bank didebitkan RM 3 150 dan diskaun diterima didebitkan RM 150 manakala Syarikat Berjaya dikreditkan RM 3 300.
Bagaimanakah anda mencatat urusniaga menerima diskaun tunai daripada Mesra Gerimis ?
Akaun tunai didebitkan dan diskaun diterima dikreditkan.
Akaun tunai didebitkan dan akaun Mesra Gerimis dikreditkan.
Akaun Mesra Gerimis didebitkan dan diskaun diterima dikreditkan.
Diskaun diterima didebitkan dan akaun Mesra Gerimis dikreditkan.
"Betty membayar ansuran kereta dengan cek perniagaannya." Bagaimanakah urusniaga tersebut dicatatkan dalam buku akaun perniagaan ?
Akaun Kereta Pemilik didebitkan dan akaun bank dikreditkan.
Akaun Ansuran Kereta didebitkan dan akaun bank dikreditkan.
Akaun Ambilan didebitkan dan akaun bank dikreditkan.
Akaun Ambilan didebitkan dan akaun ansuran kereta dikreditkan.
"Apabila sesuatu nilai dikreditkan ke dalam Akaun X, jumlah dalam Akaun X bertambah." Antara berikut, yang manakah mungkin Akaun X ?