Antara berikut, yang manakah maksud imbangan duga ?
- penyata yang menunjukkan jumlah hasil dan belanja bagi sesuatu perniagaan.
- penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan.
- satu senarai baki debit dan baki kredit daripada akaun-akaun lejar.
- buku akaun utama yang digunakan untuk merekodkan segala urusniaga perniagaan.
Antara berikut, butiran yang manakah tidak ditunjukkan dalam Imbangan Duga ?
- Bank
- Ambilan
- Stok awal
- Stok akhir
X ditunjukkan di sebelah kredit Imbangan Duga, maka X mungkin sekali merupakan akaun
- bank
- tunai
- modal
- penghutang
Z ditunjukkan di sebelah debit Imbangan Duga, maka Z mungkin sekali item-item di bawah ini kecuali
- ambilan
- alatan pejabat
- stok akhir
- gadai janji
Imbangan Duga boleh digunakan untuk
- menilai prestasi sesebuah perniagaan.
- membantu dalam menyediakan penyata kewangan.
- membantu pengurus dalam proses membuat keputusan.
- meramalkan aliran tunai masuk dan tunai keluar pada masa hadapan.
Antara berikut, yang manakah ditunjukkan di sebelah debit Imbangan Duga ?
- angkutan keluar
- pinjaman bank
- pemiutang
- komisen diterima
Antara berikut, yang manakah ditunjukkan di sebelah kredit Imbangan Duga ?
- angkutan masuk
- angkutan keluar
- pulangan masuk
- pulangan keluar
Antara berikut, kesilapan yang manakah tidak ditunjukkan dalam Imbangan Duga ?
- diskaun diterima berjumlah RM 369 dicatat sebagai diskaun diberi.
- belian tunai RM 1135 dipindah catat ke Akaun belian sebagai RM 1335.
- kedua-dua belian dan pulangan jualan terkurang catat sebanyak RM 210.
- akaun bank dan akaun Bruce Lee masing-masing telah didebitkan dan dikreditkan apabila cek dibayar kepada Bruce Lee.
Antara berikut, kesilapan yang manakah ditunjukkan dalam Imbangan Duga ?
- penerimaan cek RM 2 650 daripada Muthrasee didebitkan ke akaun Muthu.
- ambilan barang niaga bernilai RM 600 untuk kegunaan sendiri tidak dicatatkan langsung dalam buku.
- angkutan keluar RM 345 dicatat sebagai angkutan masuk.
- pembayaran sewa RM 562 tersalah debit ke Akaun Insurans.
Diskaun diberi berjumlah RM 100 dipindah catat ke sebelah salah akaunnya.
Apakah kesannya terhadap Imbangan Duga ?
- Jumlah di sebelah debit Imbangan Duga akan kurang daripada jumlah kredit sebanyak RM 100.
- Jumlah di sebelah debit Imbangan Duga akan kurang daripada jumlah kredit sebanyak RM 200.
- Jumlah di sebelah kredit Imbangan Duga akan kurang daripada jumlah debit sebanyak RM 100.
- Jumlah di sebelah kredit Imbangan Duga akan kurang daripada jumlah debit sebanyak RM 200.