![]() |
![]() ![]() ![]() |
|
P & P Berbantukan Komputer |
| 4.CD & VCD SEJARAH 1) NEGERI PERAK KOTA SETIA (1874-1875) Sebuah filem yang cukup berkesan bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami sejarah Malaysia khususnya berkaitan campur tangan British di negeri Perak. Kita didedahkan dengan taktik yang digunakan oleh pihak British untuk menguasai negeri yang kaya dengan hasil bumi tersebut. Antaranya termasuklah memecahbelahkan penduduk tempatan di bawah pimpinan Tok Andak dan menjual candu kepada masyarakat setempat. Pelakon utama ialah Zulkifli Zain, Ahmad B, Hilal Azman dan Kuswadinata. Cerita ini perlu ditonton oleh semua pelajar khususnya yang berkaitan dengan sukatan pelajaran tingkatan 2, tingkatan 5 dan tingkatan 6. 2) ANNA AND THE KING Filem ini mengisahkan pengalaman seorang guru Bahasa Inggeris dari England iaitu Anna Leonowens yang ditugaskan untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada putera dan puteri Raja Mongkut. Tempoh pemerintahan Mongkut cukup penting kerana ketika ini pihak Barat cuba memperluaskan kuasa di negara-negara Asia. Bagaimanapun, atas kebijaksanaan Mongkut yang mengambil lebih 80 orang pakar-pakar pentadbiran Barat menyebabkan Siam berjaya mengekang pengaruh Barat di negara gajah putih itu. Pelakon utama ialah Jodie Foster (Anna) dan Chow Yun Fat (Mongkut). Cerita ini sesuai untuk pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6. 3) THE LAST EMPEROR Filem ini mengisahkan kehidupan Maharaja Manchu/Ching yang terakhir iaitu Pu Yi. Baginda akhirnya menjadi rakyat biasa selepas pemerintahan Parti Komunis China. Dirakamkan juga tentang penglibatan pihak Jepun dalam politik China. File mini sesuai untuk pelajar tingkatan 2, tingkatan 5 dan tingkatan 6. 4) THE LAST SAMURAI Sebuah filem epik dari negara matahari Jepun terbit, lakonan Tom Cruise yang mmengisahkan pergolakan politik Jepun semasa pemerintahan Shogun Togukawa dan kemudiannya kemunculan era pemerintahan Meiji. Keperkasaan dan pengorbanan golongan Samurai (yang terakhir) digambarkan dalam file mini demi kesetiaan kepada pihak maharaja. Sesuai untuk pelajar tingkatan 6 yang mempelajari sejarah Asia Timur. 5) LEFTENAN ADNAN Sebuah filem yang mengisahkan pengorbabanan seorang budak dari kampong Sungai Ramal yang bernama Adnan bin Saidi untuk mempertahankan negara daripada serangan Jepun. File ini dilakonkan oleh Umie Aida, Faizal Hussein, Shaharuddin Thambi dan Hairie Othman. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 6. 6) EMBUN Embuin adalah seorang gadis Melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi. Dia adalah gadis Melayu yang sentiasa mahu mara ke hadapan dan ingin menyumbang kea rag memperjuangkan nasib orang Melayu yang tertekan akibat kegawatan sosiopolitik dalam zaman pendudukan Jepun. File mini dilakonkan oleh Umie Aida, Hani Mohsein dan Ahmad Yatim. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 6. 7) A PASSSAGE TO INDIA Filem mini mengisahkan semangat kebangsaan di kalangan pejuang-pejuang India. 8) BUKIT KEPONG Juga mengisahkan sejarah negara yang memfokuskan kepada perjuangan anggota polis menentang kekejaman tentera Bintang Tiga. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 6. 9) ASOKA Filem lakonan Shah Rukh Khan ini juga mempunyai unsure-unsur sejarah terutamanya yang mengisahkan pemerintah India iaitu Asoka dan datuknya Chandragupta Maurya. Sungguhpun banyak mengandungi kisah percintaan, namun banyak diselitkan kehidupan Asoka. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6. 10) GHANDI Filem lakonan Ben Kingsley yang banyak memenangi anugerah ini mengisahkan perjuangan Mahatma Gandhi untuk membebaskan India daripada belenggu penjajahan Inggeris. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 2, 5 dan tingkatan 6. 11) GLADIATOR File mini mengisahkan kehidupan masyarakat Rom iaitu golongan gladiator yang menjadi tontonan masyarakat Rom. Biasanya seseorang gladiator hidup tidak lebih dari dua tahun kerana akan amati dalam pertarungan di gelanggang yang ditonton oleh orang awam. Sesuai untuk pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6. 12) HIROSHIMA Mengisahkan tentang Perang Dunia Kedua yang melibatkan Tentera Bersekutu dengan Kuasa Paksi. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 6. 13) JEJAK RASUL (VIDEO DARI AL-QURAN) CD ini sesuai untuk menggambarkan tentang sejarah Islam dan sejarah dunia. Kesan-kesan peninggalan sejak zaman nabi Muhammad s.a.w. (Abad 7 Masihi) masih dapat dikesan dalam koleksi CD ini. Sesuai untuk pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6. 14)JESUS Mengisahkan tentang kehidupan dan ajaran Nabi Isa a.s. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 4. 15) KING OF THE GLADIATOR Mengisahkan tentang kehidupan masyarakat Rom. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6. 16) LITTLE BUDDHA Sebuah filem yang menarik. Anda tidak perlu belajar tentang agama Buddha kerana cerita ini banyak memberi maklumat kepada kita tentang latar belakang dan ajaran Buddha. 17) PEARL HABOUR Mengisahkan tenteng Perang Dunia Kedua antara Jepun dan Amerika Syarikat. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 4,5 dan tingkatan 6. 10) SRARTACUS Menceritakan tentang kehidupan masyarakat Rom. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6. 11) THE KILLING FIELD Mengisahkan tentang Perang Vietnam antara pihak komunis dan tentera Amerika. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan 6. 12) THIRTEEN DAYS Menceritakan era Perang Dingin antara Blok Barat pimpinan Amerika dan Blok Timur pimpinan Rusia. 13) TORA TORA Mengisahkan Perang Dunia Kedua yang melibatkan pihak Jepun dan Amerika Syarikat. Filem ini menarik kerana melihat perang dari perspektif negara Jepun. Sesuai ditonton oleh pelajar tingkatan tiga dan tingkatan enam. VCD(DOKUMENTARI)
VCD KARTUN
KOLEKSI SEJARAH ENCYCOPEDIA(CD) DAN LATIHAN
|
| Sebarang komen dan pertanyaan sila email kepada webmaster : mahdi_shuid@seripantai.com.
© 2005. Mahdi Shuid. Hakcipta Terpelihara. |