![]() |
| |
|
|
|
Tingkatan 1
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
Tingkatan 2
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
Tingkatan 3
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
> Tips PMR
|
SUKATAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 1 1. ZAMAN PRASEJARAH DAN KEAGUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Tema ini menyentuh kemunculan masyarakat prasejarah dan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara sebagai latar belakang kepada kemunculan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada kurun 15 dan awal kurun 16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi politik, ekonomi dan budaya yang kekal diwarisi sehingga kini. Kegemilangan dan kemakmurannya telah menarik minat Portugis datang ke Melaka dan menawan Melaka pada tahun 1511.1.1 Zaman Prasejarah a. Paleolitikb. Mesolitik c. Neolitik d. Zaman Logam 1.2 Kerajaan-kerajaan Awal di Asia Tenggara a. Kerajaan agraria dan kerajaan maritimb. Sistem pemerintahan dan pentadbiran 1.3 Zaman Kesultanan Melayu Melaka a. Pengasasan Kesultanan Melayu Melakab. Kegemilangan Melaka c. Kemerosotan Melaka 2. KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI ASAS KERAJAAN MASA KINI. Tema ini memfokuskan Kerajaan Melayu Johor yang menegakkan semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya, tema ini mengisahkan kewujudan Kerajaan-kerajaan Melayu lain yang mewarisi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka seperti Perak dan Pahang. Selain daripada itu, dibincangkan juga beberapa kerajaan lain yang telah mengadaptasi corak pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dalam pentadbiran kerajaan di Selangor, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Negeri Sembilan pula mempunyai ciri-ciri pentadbirannya yang tersendiri. Tema ini juga membincangkan Sarawak dan Sabah dari segi latar belakang, keadaan masyarakat, dan kegiatan ekonomi2.1 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka a. Pengasasan Kerajaan Johorb. Kegemilangan Kerajaan Johor c. Kemerosotan Kerajaan Johor 2.2 Latar Belakang Pembentukan Kerajaan-kerajaan Melayu a. Kerajaan-kerajaan Melayu yang tua (Kedah, Pahang, Perak)b. Kerajaan-kerajaan Melayu yang baru (Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan) 2.3 Warisan Kesultanan Melayu a. Sistem pemerintahan dan pentadbiranb. Sistem perundangan c. Kegiatan ekonomi d. Sosiobudaya 2.4 Sarawak dan Sabah a. Latar belakang sejarah Sarawak dan Sabahb. Keadaan masyarakat c. Kegiatan sosiobudaya d. Kegiatan ekonomi |
| Sebarang komen dan pertanyaan sila email kepada webmaster : mahdi_shuid@seripantai.com.
© 2005. Mahdi Shuid. Hakcipta Terpelihara. |