Penilaian Menengah Rendah
Tingkatan 1
  > Sukatan Pelajaran    > Ulasan    > Soalan & Latihan    > Pautan 
Tingkatan 2
  > Sukatan Pelajaran    > Ulasan    > Soalan & Latihan    > Pautan 
Tingkatan 3
  > Sukatan Pelajaran    > Ulasan    > Soalan & Latihan    > Pautan    > Tips PMR 

SUKATAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 2

1. KEMAKMURAN DAN KEKAYAAN NEGARA KITA MENARIK BRITISH UNTUK MENJAJAH

Tema ini mengisahkan penapakan, perluasan pengaruh dan penjajahan British di negara kita. British telah memperkenalkan sistem pentadbirannya yang telah menjejaskan kedudukan pemimpin tempatan. Bagi tujuan mengeksploitasi kekayaan negara kita, British memperkenalkan ekonomi dagangan, industri dan penggunaan teknologi moden. Perubahan ini membawa berbagai-bagai kesan dalam kehidupan masyarakat sehingga menyebabkan sistem ekonomi tradisional terpinggir.

1.1 Penapakan dan Peluasan Pengaruh British

a. Negeri-negeri Selat
b. Campur tangan British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
c. Penerimaan Penasihat British di Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis Dan Johor
d. Sarawak di bawah pemerintahan Keluarga Brooke
e. Sabah di bawah Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

1.2 Penguasaan Hasil Bumi dan Kesannya

a. Perkembangan ekonomi dagangan.
b. Perubahan sosioekonomi

2. TINDAK BALAS MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAH BRITISH

Tema ini menumpukan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun bagi membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Semangat kebangsaan diperjuangkan oleh badan-badan dan kesatuan-kesatuan yang mempunyai corak perjuangan dan matlamat yang tertentu. Pemupukan kesedaran semangat kebangsaan juga disalurkan melalui pendidikan, karya penulisan, akhbar, dan majalah.

2.1 Perjuangan Pemimpin Setempat

a. Corak dan matlamat perjuangan
b. Reaksi British
c. Keberkesanan perjuangan

2.2 Pembelaan Maruah Bangsa

a. Kebangkitan semangat kebangsaan untuk membebaskan tanahair


Sebarang komen dan pertanyaan sila email kepada webmaster : mahdi_shuid@seripantai.com.
© 2005. Mahdi Shuid. Hakcipta Terpelihara.