![]() |
| |
|
|
|
Tingkatan 1
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
Tingkatan 2
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
Tingkatan 3
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
> Tips PMR
|
ULASAN TINGKATAN 2 Tingkatan dua walaupun mengandungi lapan bab sahaja tetapi isinya padat. Pemahaman terhadap peristiwa-peristiwa penting adalah perlu agar kita dapat menguasai kandungan sukatan yang terdapat dalam keseluruhan Tingkatan dua. Dalam bab 1, pelajar diminta memahami pengertian sejarah. Sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud pokok atau pohon. Syajaratun juga bermaksud salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. Selain itu dipaparkan tentang pandangan sarjana-sarjana seperti Ibn Khaldun, Herodotus dan Muhd. Yusof Ibrahim tentang makna sejarah. Kita juga dikehendaki mengenalkanpasti cirri-ciri sejarah supaya kita dapat memahami sejarah dengan mudah. Terdapat tiga ciri utama sejarah iaitu fakta yang tepat dan benar, penting dan bermakna , dan yang ketiga ialah sebab dan akibat.Kemudian, pelajar didedahkan dengan sumber sejarah yang terdiri daripada dua jenis iaitu sumber pertama dan sumber kedua. Sumber pertama yang juga dikenali sebagai sumber primer merupakan bahan dalam bentuk fosil, kertas, artifak dan keterangan lisan. Sumber ini belum diolah dan dicetak Sumber kedua atau sumber sekunder terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis. Bahan ini ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah. Sumber kedua seperti buku dan ensaiklopedia telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum. Selain itu kita juga perlu tahu kaedah pengkajian sejarah yang terdiri daripada tiga cara iaitu kaedah lisan, kaedah bertulis dan kaedah arkeologi. Terdapat kelemahan pada sumber lisan kerana wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsure dongeng, mitos dan legenda. Tafsiran sejarah antara seorang sejarawan dengan sejarawan yang lain berbeza disebabkan mereka mempunyai pandangan yang berlainan. Justeru, tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya. Akhir sekali bab ini meminta kita menyenaraikan kepentingan dan faedah kita mempelajari sejarah. Bab 2 pula membincangkan campur tangan Inggeris di negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Bab ini perlu difahami secara urutan atau kronologi. Pelajar perlu mengetahui faktor-faktor kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu. Diikuti dengan isu yang digunakan oleh Inggeris untuk campur tangan di keempat-empat negeri berkenaan. Seterusnya Inggeris memperkenalkan Sistem Residen dan akhirnya Persekutuan 1896. Seterusnya dalam Bab 3 menceritakan pula tentang penguasaan Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor. Penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut telah melengkapkan hasrat British untuk menguasai seluruh negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Kebijaksaan Sultan dan pembesar Johor menjadi iktibar kepada kita bahawa kepemimpinan yang bijak mampu mengekalkan kedaulatan negeri. Pelajar perlu mengingat sumbangan tokoh-tokoh di Johor seperti Dato’ Jaafar Muhammad, Dato’ Abdul Rahman Andak, Dato’ Muhammad Salleh bin Perang dan dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi. Bab 4 dan Bab 5 mengisahkan tentang penguasaan pihak British (James Brooke) ke atas Sarawak dan SBUB di Sabah. Pelajar perlu mengetahui bagaimana james Brooke dan SBUB bertapak di Sarawak dan Sarawak seterusnya menguasai pentadbiran kedua-dua negeri di Borneo itu. Selepas memantapkan pentadbiran, kedua-dua pihak (James Brooke dan SBUB) telah melakukan perubahan ekonomi dan perubahan sosial. Perkara utama yang perlu diketahui oleh pelajar ialah perubahan yang dilakukan dalam bidang politik dan pentadbiran. Bab 6 pula mengisahkan bagaimana pihak Inggeris mengeksploitasi hasil-hasil bumi seperti pertanian dagangan, getah, perlombongan dan hasil hutan. Sebenarnya bab ini merupakan tumpuan pihak Inggeris ingin menguasai Tanah Melayu kerana ingin menguasai hasil buminya. Justeru, perhatian perlu diberikan kepada dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan Inggeris. Bab 7 memfokuskan tentang penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran British. Cara kita untuk menguasai fakta dalam bab ini ialah dengan cara membina jadual dan memasukkan maklumat seperti tokoh/tempat, sebab penentangan, peristiwa dan kesudahan perjuangan. Setiap tokoh mesti diketahui maklumat seperti yang dinyatakan di atas. Antara maklumat yang terpenting bagi setiap tokoh ialah sebab mereka menentang penjajah. Bab 8 iaitu bab terakhir membicarakan tentang semangat kebangsaan seperti gerakan Islah, Golongan intelektual dan golongan nasionalis yang memperjuangkan nasionalisme melalui mata pena. Antara gerakan yang terkenal termasuklah Kaum Muda dan Kesatuan Melayu Muda. |
| Sebarang komen dan pertanyaan sila email kepada webmaster : mahdi_shuid@seripantai.com.
© 2005. Mahdi Shuid. Hakcipta Terpelihara. |