![]() |
| |
|
|
|
Tingkatan 1
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
Tingkatan 2
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
Tingkatan 3
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
> Tips PMR
|
ULASAN TINGKATAN 3 Bab-bab yang terdapat dalam Tingkatan Tiga hanya tujuh sahaja dan lebih mudah dan menarik untuk dikaji. Hal ini mungkin kerana peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara di sekitar 25 tahun sahaja iaitu di antara tahun 1941 hingga tahun 1965.
Sekarang marilah kita lihat kandungan yang terdapat dalam sukatan Tingkatan 3. Dalam bab 1, mengisahkan pendudukan Jepun di negara kita. Ada dua perkara utama yang perlu diketahui oleh calon iaitu, yang pertama ialah pemerintahan tentera Jepun (yang membincangkan kedatangan Jepun, dasar pemerintahan dan reaksi penduduk), perkara kedua ialah kesan pendudukan Jepun ( Dari segi politik, ekonomi dan sosial). Bab 2 saya anggap sebagai penting kerana buat pertama kali orang Melayu di seluruh Tanah Melayu menentang Malayan Union. Hal ini bermakna penentangan berlaku di peringkat nasional bukannya bersifat tempatan seperti yang berlaku pada abad ke-19. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah ciri-ciri Malayan Union dan perbandingannya dengan Persekutuan Tanah Melayu, reaksi penduduk tempatan terhadap Malayan Union, penubuhan UMNO dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Seterusnya dalam Bab 3 yang berjudul Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat pula mengisahkan tentang perkembangan dan kegiatan PKM di negara kita. Di peringkat awal diterangkan tentang penyusupan dan kegiatan PKM dan kemudiannya membicarakan tentang langkah membanteras ancaman komunis. Saya kira langkah-langkah membanteras komunis perlu diberi perhatian oleh pelajar. Akhir sekali dibincangkan kesan-kesan darurat. Bab 4 membincangkan tentang kerjasama antara kaum kea rah kemerdekaan. Antara perkara-perkara yang dilakukan untuk mencapai perpaduan kaum ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dan melalui pendidikan. Dalam subtopik kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri ialah penubuhan Sistem Ahli, kelonggaran syarat , pembentukan Parti Perikatan, pilihan raya Majlis Perbandaran, pilihanraya negeri dan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan. Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum dan Sistem Ahli perlu diberi perhatian kerana sering ditanya dalam peperiksaan. Bab 5 membincangkan tentang kemerdekaan negara. Terdapat tiga subtopik yang dibincangkan dalam bab ini. Dalam subtopik rombongan merdeka dibincangkan matlamat rombongan merdeka, dan Perjanjian London. Manakala dalam bahagian kedua yang membincangkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, dibincangkan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan Merdeka. Bahagian ketiga pula menyentuh tentang pemasyhuran kemerdekaan yang mengenengahkan peristiwa dan kandungan pemasyhuran kemerdekaan Bab 6 berjudul Perubahan Pentadbiran Ke arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah. Secara umumnya bab ini penyerahan kedua-dua negeri berkenaan kepada pentadbiran British dan reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan tersebut. Penyerahan tersebut telah membawa kepada penubuhan parti-parti politik di kedua-dua negeri berkenaan. Rasionalnya bab ini menjadi asas kepada pengetahuan dalam bab seterusnya iaitu berkaitan dengan pembentukan Malaysia yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak. Bab 7 berjudul Malaysia Yang Berdaulat memaparkan peristiwa pembentukan Malaysia. Perbincangannya dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama berkaitan idea penubuhan dan matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia. Bahagian kedua mengisahkan tentang reaksi pembentukan Malaysia daripada negeri-negeri terlibat, negara-negara jiran dan negara-negara Barat. Bahagian ketiga pula membincangkan langkah-langkah kea rah pembentukan Persekutuan Malaysia, pengisytiharan Persekutuan Malaysia, konfrantasi dan pemisahan Malaysia. Anda harus mengulangkaji bab ini berulangkali kerana kefahaman yang mendalam membolehkan anda menjawab soalan dengan penuh yakin. |
| Sebarang komen dan pertanyaan sila email kepada webmaster : mahdi_shuid@seripantai.com.
© 2005. Mahdi Shuid. Hakcipta Terpelihara. |