![]() |
| |
|
|
|
Tingkatan 4
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Soalan & Latihan
> Pautan
Tingkatan 5
> Sukatan Pelajaran
> Ulasan
> Pautan
> Tips SPM
|
SUKATAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 5 1. KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA Tema ini menumpukan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun dalam usaha membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Imperialisme Barat mengakibatkan berlakunya perubahan politik dan pentadbiran dan seterusnya membawa kepada kemerosotan kepemimpinan tempatan. Pengaruh imperialisme Barat menjadi pendorong kebangkitan semangat kebangsaan negara kita. Semangat kebangsaan ini diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin setempat, badan-badan dan kesatuan-kesatuan.1.1 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara a. Imperialisme Barat di Asia Tenggarab. Perubahan sistem politik di Asia Tenggara c. Nasionalisme di Asia Tenggara 1.2 Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua a. Perjuangan pemimpin setempat menentang Britishb. Gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua 2. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA Tema ini memfokuskan konsep negara dan bangsa melalui rentetan peristiwa di Malaysia. Konsep pembinaan negara dan bangsa juga berlaku di Eropah melalui pembentukan negara Jerman dan Itali. Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesinambungan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada zaman kerajaan Johor dan Terengganu dengan perlembagaan bertulisnya, kerajaan Kelantan dengan sistem Jemaah Menterinya dan Negeri Sembilan dengan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan. Kemuncak kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa dapat dilihat melalui penentangan terhadap Malayan Union 1946 yang membawa kepada penubuhan Persekutan Tanah Melayu 1948, kemunculan negara berdaulat pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Pengenalan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap melalui demokrasi berparlimen telah memberi inspirasi untuk membangunkan ekonomi. Perpaduan negara dipupuk melalui ideologi dan dasar negara seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.2.1 Kesedaran tentang Pembinaan Negara dan Bangsa a.Latar belakang konsep negara-bangsa: Pembinaan negara dan bangsa Jerman dan Italib. Kesultanan Melayu Melaka c. Warisan negeri-negeri Melayu d. Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948 e.Kemunculan negara berdaulat 31 Ogos 1957 f. Pembentukan Malaysia 16 September 1963 2.2 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Selepas Merdeka a. Ciri-ciri demokrasi berparlimenb. Kerajaan Persekutuan c.Lambang-lambang negara 2.3 Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan a. Pembangunan ekonomib. Pembangunan dan perpaduan bangsa 2.4 Malaysia ke Arah Negara Maju a. Wawasan 20202.5 MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA Tema ini mengisahkan peristiwa Perang Dunia Pertama yang menandakan bermulanya konflik antarabangsa dan penubuhan badanbadan antarabangsa . Namun begitu tumpuan tema ini adalah terhadap peranan dan sumbangan Malaysia dalam mempertingkatkan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa. |
| Sebarang komen dan pertanyaan sila email kepada webmaster : mahdi_shuid@seripantai.com.
© 2005. Mahdi Shuid. Hakcipta Terpelihara. |