Sijil Pelajaran Malaysia
Tingkatan 4
  > Sukatan Pelajaran    > Ulasan    > Soalan & Latihan    > Pautan 
Tingkatan 5
  > Sukatan Pelajaran    > Ulasan    > Pautan    > Tips SPM 

TIPS SPM

STRATEGI MENGHADAPI SPM SEJARAH 2005
(Oleh;En. Mahdi Shuid)

1. Format Peperiksaan

Kertas 1 –Objektif (Aneka pilihan) – 40 soalan-Masa 1 jam

Kertas 2 –Bahagian A Struktur-4 soalan-wajib jawab 4 (40 markah)

Bahagian B Esei - 5 soalan-wajib jawab 3 (60 markah)

2. Skop Sukatan Pelajaran Sejarah SPM

-Skopnya memang luas. Anda tiada pilihan jika ingin mendapat keputusan cemerlang 1A, kecuali dengan meneroka dan menguasai setiap bab iaitu 19 bab(Tamadun Dunia, Tamadun Islam, Sejarah Eropah moden, Sejarah Asia Tenggara dan Sejarah Malaysia)

3. Bagaimana hendak menguasai skop sukatan pelajaran yang luas?

a) Mengingat tajuk-tajuk T4 dan T5 mengikut urutan

b) Mengatahui subtopic yang terdapat dalam setiap bab

c) Menyenaraikan isi-isi penting dalam sub-topik berkenaan

d) Baca nota-nota ringkas/ringkasan bab

e) Bentuk study group-buat pembentangan/soal jawab

f) Mengenal pasti konsep/istilah penting Contoh Bab 1 Tingkatan 4 Cengkerang cowrie umran teokrasi Gilgamesh Mandat dari Tuhan nome Hiegrolif cuneiform ideogram politisme Feng Hsui The Art of War

g) Mengenal pasti peristiwa-peristiwa penting Contoh Bab 4 dan 5 Tingkatan 4 Bentu pemulauan terhadap keluarga nabi Hijrah ke Habsyah Runtuhnya Empangan Maarib Turunnya wahyu pertama Peristiwa Hajar Aswad Perang Khandak Perjanjian Aqabah 1 dan II Pencabulan Per. Hudaibiyah Pembukaan semula kota Makkah Khutbah terakhir nabi

h) Mengenal pasti syarat-syarat perjanjian, kandungan undang-undang dan akta Contoh Kod Undang-undang Hammurabi Prinsip Undang-undang Rom Syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah Perjanjian Tordesillas Akta Kilang, Akta Lombong Akta Sepuluh Jam Akta Tanah Simpanan Melayu`

4. Teknik menjawab soalan

a) baca soalan dengan teliti sama ada soalan objektif, soalan struktur dan soalan esei b) Jawab soalan mudah dahulu, jangan panic c) Jangan buat pengenalan dan penutup d) Jawapan esei hendaklah ditulis dalam satu perenggan bagi satu tema atau isi e) Jawap apa yang ditanya bukannya apa yang kita tahu

5. Persediaan akhir

a) Latihan secara topical

b) Latihan secara model (*ikut peperiksaan sebenar)

c) Mendapatkan soalan-soalan dari sekolah/negeri lain

d) Membuat analisis



Sebarang komen dan pertanyaan sila email kepada webmaster : mahdi_shuid@seripantai.com.
© 2005. Mahdi Shuid. Hakcipta Terpelihara.