Sijil Pelajaran Malaysia
Tingkatan 4
  > Sukatan Pelajaran    > Ulasan    > Soalan & Latihan    > Pautan 
Tingkatan 5
  > Sukatan Pelajaran    > Ulasan    > Pautan    > Tips SPM 

ULASAN TINGKATAN 4

Sukatan pelajaran Tingkatan 4 nampaknya terlalu pada dengan fakta-fakta. Sama ada disedari atau tidak, daripada 10 bab yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tingkatan 4. lima bab daripadanya adalah yang berkaitan dengan Tamadun Islam (Bab 4 hingga Bab 8).

Saya membahagikan sukatan pelajaran Tingkatan 4 kepada empat bahagian iaitu:

Bahagian Pertama-Berkaitan Tamadun Dunia iaitu tamadun awal manusia, peningkatan tamadun dan tamadun awal di Asia Tenggara (Bab 1 hingga Bab 3).

Bahagian Kedua-Berkaitan Tamadun Islam (Bab 4 hingga Bab 8)

Bahagian Ketiga-Tamadun Eropah walaupun satu bab sahaja tetapi mengandungi tempoh masa yang agak panjang.

Bahagian Keempat-Dasar ekonomi British dan kesannya ke atas negara kita. Sekarang marilah kita menelusuri kandungan sukatan mata pelajaran Tingkatan 4

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA 1. Zaman Prasejarah 2.Makna tamadun dan ciri-ciri tamadun 3.Proses pembentukan tamadun (Lokasi, kerangka masa, proses pembentukan, ciri-ciri tamadun, dan sumbangan tamadun. Sebagai asas kepada pemahaman terhadap tamadun dunia, calon perlu mengetahui ciri-ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik serta ciri-ciri Zaman Neolitik. Antara aspek-aspek yang perlu diingat ialah aspek petempatan sama ada kekal atau nomad, peralatan yang digunakan dan aktiviti ekonomi yang dijalankan. Calon juga perlu mengetahui makna tamadun secara ringkas iaitu pencapaian berbentuk material (sarjana Barat) dan pencapaian berbentuk material (sarjana Islam). Selain itu calon perlu mengingat enam ciri tamadun. Saya juga merasakan satu perkara yang paling penting dalam bab ini ialah sumbangan keempat-empat tamadun awal dunia tersebut. Bagi saya, jika calon sudah memahami zaman prasejarah (perbezaan antara masyarakat Paleolitik dan Neolitik) dan mengenal pasti sumbangan keempat-empat tamadun itu, bermakna anda sudah menguasai bab ini.

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN 1. Latar belakang Tamadun (Yunani, Rom, India dan China) 2. Aspek Peningkatan a) Pemerintahan dan Pentadbiran b) Perundangan c) Perluasan Kuasa d) Peningkatan Ekonomi e) Peningkatan Sosial 3. Sumbangan Tamadun 4. Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia (Hindu, Buddha, Kristian, Confucius dan Taoisme) Daripada judul tajuk ini kita sudah menjangkakan bahawa berlaku dalam peningkatan tamadun manusia kerana peredaran zaman. Peningkatan tamadun melibatkan Tamadun Yunani, Rom, India dan China.Elakkan kekeliruan daripada judul Bab 1 kerana bab pertama itu membicarakan tamadun-tamadun awal manusia iaitu Tamadun Mesir, Mesopotamia, Indus dan Hwang Ho. Walaupun dalam Bab 2 ini terdapat juga tamadun China dan India tetapi tempohnya berbeza (Tamadun Idi sekitar 3000 SM manakala Tamadun India(Maurya kira-kira 200 SM). Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam Bab 2 ini ialah aspek peningkatan tamadun iaitu dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, perluasan kuasa, peningkatan ekonomi dan peningkatan sosial. Satu lagi perkara yang perlu dikaitkan ialah ajaran utama terutamanya Taoisme dan Confucianisme.

BAB 3: TAMADUN AWAL MANUSIA 1. Bentuk-bentuk kerajaan awal (Ciri-ciri kerajaan agrarian dan maritim) 2.Pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal a) Cara-cara kedatangan pengaruh H&B (penaklukan, perdagangan, keagamaan, pengambilan terus oleh pemerintah). b) Pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan – institusi beraja c) Pengaruh Hindu-Buddha dalam kesenian dan kesusasteraan i) Seni bina –candi dan patung/arca ii) sastera-bahasa dan tulisan Dalam Bab 3 pula, calon-calon perlu membezakan ciri-ciri kerajaan agrarian dan maritim. Faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria, maritim, dan peranan Tasik Tonle Sap perlu diberi perhatian. Selain itu, calon perlu mengetahui cara kedatangan agama Hindu-Buddha ke Asia Tenggara serta pengaruh agama Hindu-Buddha dalam kerajaan-kerajaan awal.

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH 1. Zaman jahiliah (Masyarakat Arab Jahiliah dan ciri-ciri masyarakat jahiliah) 2.Kelahiran nabi Muhammad s.a.w(kehidupan,keperibadian dan kerasulan) 3.Penyebaran Islam di Makkah(Peringkat penyebaran islam dan cara penyebaran Islam) 4.reaksi Masyarakat Arab terhadap Islam(Penerimaan dan Penentangan) Bab ini tidaklah begitu sukar kerana hanya ada dua atau tiga perkara penting sahaja. Latarnya berkisar di Makkah sahaja. Perkara pertama yang diberi perhatian ialah maksud jahiliah dan ciri-ciri jahiliah. Kedua, calon perlu tahu reaksi masyarakat Makkah terhadap penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Ketiga, calon mestilah mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan orang Quraisy menentang ajaran Islam. Bab ini berkemungkinan ditanya dalam soalan struktur atau esei.

BAB 5:KERAJAAN ISLAM DI MADINAH 1.Perjanjian Aqabah 1 dan 2 dan kepentingannya. 2.Hijrah (konsep,tujuan dan kepentingannya) 3.Piagam Madinah (kandungan dan kepentingan) 4.Penyebaran Islam 5.Perjanjian Hudaibiyah ( kepentingan, pembukaan semula kota Makkah dan kepentingan pembukaan semula kota Makkah). Bab ini berkisar di Madinah dan mengandungi peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam. Calon perlu mengetahui beberapa perkara berkaitan peristiwa hijrah seperti maksud, sebab dan kepentingan hijrah. Calon juga perlu tahu tentang Piagam Madinah. Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh calon ialah tentang dua peristiwa satu cerita, yang saya maksudkan di sini ialah Perjanjian Hudaibiyah dan peristiwa pembukaan kota Makkah. Jika calon mengingat lima syarat Perjanjian Hudaibiyah, saya rasa calon tersebut sudah memahami maklumat berkaitan dengan perjanjian ini. Bab ini amat digemari oleh para panel penggubal soalan.

BAB 6:PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA 1.Kerajaan Khulafa al-Rasyidin (Konsep, syarat dan cara pemilihan, tugas khalifah,sumbangan Khulafa al-Rasyidin). 2.Kerajaan Bani Umaiyah ( Pembentukan, sumbangan dan kejatuhan) 3.Kerajaan Bani Abbasiyah ( Pembentukan, sumbangan dan kejatuhan) 4. Kerajaan Turki Uthmaniyah ( Pembentukan, sumbangan dan kesan penyebaran Islam ke Eropah) 5.Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain di dunia (cara pertembungan, kesan pertembungan) Bab ini menjangkau tempoh yang agak luas. Namun calon tidak perlu risau kerana perkara-perkara yang perlu diberi perhatian utama ialah yang berkaitan Khulafa al-Rasyidin, penyebaran Islam ke Eropah di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.

BAB 7:ISLAM DI ASIA TENGGARA 1.Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara (Tanah Arab, China, India- buktinya) 2.Penyebaran Islam di Asia Tenggara (perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja dan golongan bangsawan, kelahiran kerajaan Islam, pusat kebudayaan, peranan mubaligh, keistimewaan agama Islam). 3.Pengaruh Islam di Asia Tenggara ( pemerintahan dan pentadbiran, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan,cara hidup,kesenian,ekonomi). Tiga perkara penting sahaja yang terdapat dalam bab ini iaitu teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara, cara penyebaran Islam dan pengaruh Islam dalam pelbagai bidang di Asia Tenggara. Berkaitan dengan teori kedatangan Islam, calon perlu mengetahui tokoh yang menyemukakan teori kedatangan Islam di Asia Tenggara( melalui Arab, India dan China) dan yang lebih penting ialah bukti-bukti kedatangan Islam yang dikemukakan oleh mereka.

BAB 8:PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT 1.Kesan dalam bidang politik(pentadbiran-institusi kesultanan,perundangan-bertulis dan tidak bertulis) 2.Kesan terhadap sosiobudaya (pendidikan-tidak formal dan formal,bahasa dan kesusasteraan-tulisan,kosa kata,sastera lisan,sastera bertulis) kesenian-seni bina,seni tulisan, pertukangan, seni muzik, gaya hidup-adat istiadat dan nilai hidup) 3. Kesan dalam bidang ekonomi (perdagangan, penggunaan mata wang, percukaian). Seperti yang dipaparkan di atas, tiga focus utama yang dibicarakan dalam bab ini iaitu kesan pengaruh Islam dalam bidang politik, sosiobudaya dan ekonomi. Soalan yang mungkin ditanya ialah soalan esei.

BAB 9:PERKEMBANGAN DI EROPAH 1.Perubahan masyarakat dan budaya Eropah a)Zaman Gelap dan ciri-cirinya b)Zaman Renaissance c)Zaman Reformation 2.Penjelajahan dan penerokaan a)Sebab-sebab penjelajahan b)Kesan-kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat 3.Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian a)Perkembangan bidang pertanian( pemilikan tanah persendirian,kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian,pertanian komersial ) b)Perkembangan Bidang Perindustrian(Peralihan daripada Industri desa kepada perkilangan,pengkhususan pengeluaran,pengunaan teknologi) c)Kesan Revolusi pertanian dan revolusi perindustrian i)Pertanian sebagai punca ekonomi ii)Peningkatan perdagangan antarabangsa iii)Kemajuan bidang pengangkutan iv)Kemunculan golongan buruh dan majikan 4.Imperialisme Barat di Asia a)Faktor-faktor yang mendorong kedatangan kuasa-kuasa barat ke Asia b)Kesan-kesan Imperialisme barat terhadap A.T Bab ini mengandungi banyak fakta dan maklumat dan menjadi tugas para calon untuk mendalami isi kandungannya. Kefahaman yang mendalam membolehkan kita memahami masyarakat Eropah dan barulah kita mengetahui latar belakang masyarakat Eropah seperti mengapa mereka mahu menjajah Asia dan sebagainya. Perkara-perkara yang perlu difahami termasuklah Zaman Gelap dan ciri-cirinya, Zaman Renaissance, Zaman Reformation, penjelajahan, pembaharuan dalam Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian dan akhir sekali berkaitan dengan imperialisme Barat di Asia serta kesan-kesan imperialisme Barat di Asia Tenggara.

BAB 10:DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA 1.Ekonomi Tradisional (pengertian dan ciri-ciri) 2.Ekonomi Dagangan( Sistem pertanian komersial, industri perlombongan, penggunaan tenaga buruh luar, institusi kewangan dan insurans ) 3.Dasar British terhadap pertanian (Undang-undang berhubung tanah, dasar terhadap pekebun kecil) 4.Kesan-kesan dasar ekonomi ( Perbandaran,pembentukan masyarakat berbilang kaum, sistem pendidikan vernakular, sektor perkilangan, sistem pengangkutan dan perhubungan, perkhidmatan kesihatan ) Berdasarkan pengalaman, saya dapati ramai calon yang menghadapi masalah dalam bab ini mungkin kerana sukatan pelajaran Tingkatan 4 terlalu luas yang merentasi tamadun dunia, tamadun Islam, sejarah Eropah dan yang akhir sekali kembali semula ke malaysia yang membincangkan dasar-dasar ekonomi British di Malaysia. Apa yang perlu diberi perhatian ialah perbandingan antara cirri-ciri pertanian sara diri dan ekonomi dagangan, dasar British terhadap pekebun kecil serta kesan-kesan dasar ekonomi British.



Sebarang komen dan pertanyaan sila email kepada webmaster : mahdi_shuid@seripantai.com.
© 2005. Mahdi Shuid. Hakcipta Terpelihara.