Sijil Pelajaran Malaysia
Tingkatan 4
  > Sukatan Pelajaran    > Ulasan    > Soalan & Latihan    > Pautan 
Tingkatan 5
  > Sukatan Pelajaran    > Ulasan    > Pautan    > Tips SPM 

ULASAN TINGKATAN 5

Saya membahagikan sukatan pelajaran Tingkatan 5 kepada tiga bahagian utama.

Bahagian Pertama berkaitan dengan imperialisme dan nasionalisme yang terdiri daripada BAB 1 (Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara dan Bab 2 ( Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua ).

Bahagian Kedua berkaitan dengan Pembinaan Negara dan Bangsa yang mengandungi empat bab iaitu dari Bab 3 hingga Bab 6 (Bab 3: Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa, Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa ), Bab 5 (Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka, Bab 6 (Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia).

Bahagian Ketiga pula terdiri daripada tiga bab iaitu Bab 7 (Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia, Bab 8 (Pembangunan dan Perpaduan Untuk Keselamatan) dan Bab 9 (Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa) Sekarang marilah kita meninjau kandungan ringkas setiap bab berdasarkan sedikit ulasan daripada saya.

BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN BASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1. Imperialisme di Asia Tenggara (Maksud dan faktor-faktor imperialisme-kekayaan bahan mentah, revolusi perindustrian, sistem pengangkutan dan perhubungan, persaingan kuasa-kuasa Barat, beban orang putih / tugas menyebarkan tamadun)

2. Perubahan sistem politik-Pengenalan sistem birokrasi barat-ciri-ciri-penubuhan kerajaan pusat, Gabenor Jeneral , penubuhan biro, perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro, pengenalan undang-undang Barat.

3. Nasionalisme di Asia Tenggara i) Faktor-faktor kemunculan nasionalisme ii) Perkembangan nasionalisme ( Filipina, Indonesia , Indo China , Burma dan Thailand).

Saya kira, untuk menguasai Bab 1 tidaklah begitu sukar. Bagaimanapun jika kita hati-hati bab ini boleh mengelirukan kita. Secara umumnya bab ini mengandungi tiga perkara iaitu imperialisme, sistem politik Barat dan nasionalisme. Satu perkara yang menyukarkan calon ialah berkaitan dengan perubahan sistem politik Barat. Calon-calon perlu mengingat ciri-ciri sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh penjajah Barat dan membandingkan sistem pentadbiran tradisional. Calon juga seharusnya mengingat fakta-fakta yang berkaitan dengan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara dan jangan keliru dengan faktor-faktor imperialisme Barat. Selain itu, ciri-ciri yang membezakan tahap awal nasionalisme dan tahap kedua perlu dikenal pasti.

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

1. Perjuangan pemimpin tempatan menentang British ( Sebab-sebab penentangan, peristiwa penentangan)

2. Gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua i) faktor-faktor pemangkin nasionalisme ii) Gerakan Islah iii) Akhbar, majalah, novel iv) Persatuan-persatuan Melayu v) Nasionalisme semasa Jepun

Bab kedua ini mungkin membosankan calon kerana mengandungi banyak maklumat terutamanya yang berkaitan dengan tokoh, tempat, dan tarikh. Bagaimanapun untuk memudahkan calon menguasai bab ini calon perlu membina jadual dan memasukkan perkara-perkara seperti tokoh dan tempat, sebab menentang, peristiwa dan kesudahan perjuangan. Dengan jadual tersebut akan memudahkan kita mengingat fakta-fakta yang terdapat dalam peristiwa penentangan di negeri atau kawasan-kawasan tertentu. Satu perkara lagi calon harus membezakan isi-isi yang berkaitan faktor-faktor nasionalisme di Asia Tenggara (dalam Bab 1) dengan faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Malaysia. Hal ini saya ketengahkan kerana calon sering mengemukakan isi yang tidak tepat, iaitu menulis isi faktor-faktor nasionalisme di Asia Tenggara apabila ditanya tentang faktor-faktor nasionalisme di Malaysia.

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

1. Latar belakang Pembinaan Negara dan Bangsa, Ciri-ciri Negara dan Bangsa

2. Kesultanan Melayu Melaka-Asas Pembentukan Negara dan bangsa -Ciri-ciri

3. Warisan Negeri-negeri Melayu dlam. Kesultanan Melayu Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan N.Sembilan.

Bab ini di peringkat awalnya agak sukar sedikit kerana cuba menerangkan konsep negara bangsa dan memberi contoh-contoh negara bangsa di Eropah. Bagaimanapun apabila membicarakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka, tidaklah begitu sukar untuk memahaminya. Pada bahagian ketiga, kita didedahkan dengan warisan negeri-negeri Melayu yang berkaitan dengan sistem pemerintahan ( Kelantan dan Negeri Sembilan) dan sistem undang-undang (Johor dan Terengganu) yang masih diamalkan sehingga hari (walaupun tidak sepenuhnya).

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1. Malayan Union (Sebab-sebab,ciri-ciri, reaksi, tindakan orang Melayu)

2. Persekutuan Tanah Melayu ( Faktor-faktor, langkah-langkah, perjanjian dan tokoh)

3. Pergerakan politik di Sarawak dab Sabah Tumpuan bab ini ialah berkaitan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu(1948). Kedua-dua peristiwa cukup bermakna dalam sejarah negara kita dan kerana itu apa sahaja yang berkaitan dengan Malayan Union dan PTM perlu diberi perhatian.

BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

1. Sistem Ahli ( Ciri-ciri, proses pelaksanaan dan kepentingan)

2. Pakatan Murni 3.

Perjanjian Persekutuan (S/J Reid ,isi-isi penting, kepentingan perjanjian).

Bab ini berkaitan dengan langkah-langkah kea rah kemerdekaan. Calon-calon mesti memahami konsep Sistem Ahli dan Pakatan Murni. Jika tidak, sukar untuk menjawab soalan yang ditanya dalam bab ini. Antara soalan popular ialah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan melalui Pakatan Murni untuk mewujudkan perpaduan.

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1. Cadangan ke arah Pembentukan Malaysia

2. Faktor-faktor pembentukan Malaysia(PES)

3. Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia ( Dalam dan luar Negara )

4. Langkah-Langkah pembentukan Malaysia

5. Perjanjian Malaysia Satu lagi bab yang saya kira cukup penting.

Bab ini penting kerana buat pertama kali dalam sejarah negara kita selepas merdeka, kita berdepan dengan situasi sukar dalam hubungan antarabangsa dan hubungan dengan negara jiran. Perkara paling penting ialah faktor-faktor penubuhan, reaksi dalam dan luar negeri dan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia.

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

1. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen (Perlembagaan, Raja Berperlembagaan, Kuasa pemerintahan, pilihan raya, parti politik)

2. Negara Persekutuan (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)

3. Lambang-lambang negara Bab ini sudah memasuki era merdeka. Unsur-unsur pemerintahan seperti parlimen, jemaah menteri, perlembagaan perlu diberi perhatian. Begitu juga dengan bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESELAMATAN

1. Pembangunan Ekonomi

2. Pembangunan dan Perpaduan Bangsa

3. Malaysia ke arah Negara Maju Perkara asas yang perlu diketahui dalam bab ini ialah Rancangan Pembangunan Lima Tahun seperti penubuhan institusi-institusi yang berperanan membantu masyarakat luar bandar. Satu lagi yang perlu diambil perhatian ialah berkaitan penyata pendidikan. Apa yang perlu diketahui ialah syor-syor daripada ketiga-tiga penyata tersebut.

BAB 9 : MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA

1. Konflik Antarabangsa (Perang Dunia1-Perang Dunia 2,Blok Dunia-PDingin)

2. Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa (dasar luar, Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia dalam pertubuhan serantau, Cabaran masa depan.

Untuk bahagian esei, tumpuan perlu diberikan kepada penglibatan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel, Pertubuhan Negara-Negara Islam, Pergerakan Negara Berkecuali dan ASEAN. Untuk soalan struktur dan objektif, mungkin soalan berkaitan dengan Perang Dunia dan Perang Dingin akan ditanya.



Sebarang komen dan pertanyaan sila email kepada webmaster : mahdi_shuid@seripantai.com.
© 2005. Mahdi Shuid. Hakcipta Terpelihara.