|
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan |
|
Written by mohdssa
|
|
Thursday, 02 February 2012 22:48 |
|

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan bagi MS ISO 9001:2008 telah dijalankan di BTPNKL. Mesyuarat ini amat penting bagi menilai dan membuat beberapa keputusan bagi melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Pihak SIRIM QAS Sdn. Bhd. akan melaksanakan Audit Pematuhan (surveillance ) pada 13 hingga 14 Februari 2012.
Bersama-sama kita berusaha untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti seperti yang ditetapkan di dalam manual kualiti dan Objektif Kualiti kita.
|
|
Last Updated on Friday, 03 February 2012 12:02 |
|
|
Written by mohdssa
|
|
Monday, 30 January 2012 22:46 |
|

BTPNWPKL telah mengadakan bengkel bagi penyediaan Laporan Suku Tahun Keempat bagi Aset dan Stor dari 25 - 31 Jan 2012. Penyelarasan bagi bengkel ini telah diketuai oleh Pn Maslinda bt Saad dan dibantu oleh Pembantu Tadbir dari BTPN dan PKG. Bengkel ini bukan sahaja sesuatu usaha untuk memberi pengalaman dan latihan kepada kakitangan BTPN dan PKG untuk menguruskan stor tetapi sebagai satu tindakan yang melibat stor utama.
|
|
Last Updated on Friday, 03 February 2012 12:14 |
|
Perhimpunan Bulanan JPN 2012 |
|
Written by mohdssa
|
|
Saturday, 28 January 2012 10:42 |

BTPNKL telah menjadi pengelola bagi perhimpunan bulanan Jan 2012. Tema Perhimpunan kali ini adalah " Warga Pendidik Pemankin Transformasi Pendidikan". YBhg Dato Hj Khairil b. Hj Awang, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan telah memberi ucapan beliau dengan memberi penekanan kepada dan isu-isu berkaitan dengan tema tersebut. Seterusnya beliau berharap agar semua warga pendidik memberi fokus kepada 3 perkara yang disampaikan oleh Y.A.B. Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia iaitu :
Mencapai sepenuhnya sasaran-sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKRA pendidikan.
Pelaksanaan dasar-dasar baru seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah, MBMMBI
Konsep persekitaran pembelajaran maya ini dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta memperkukuh sistem pengurusan maklumat berkaitan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara.
|
|
Last Updated on Friday, 03 February 2012 12:15 |
|
Read more...
|
|
Written by Rosilawati Bt Maabar
|
|
Wednesday, 18 January 2012 23:49 |
|

Warga BTPNKL dan Unit PSP khasnya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam alam baharu iaitu alam persaraan kepada Ketua Unit PSP,
Puan Mahanum Binti Ismail (Pegawai Teknologi Pendidikan DGA34) yang telah bersara pada 5 Januari 2012. Semoga Allah SWT menganugerahkan
beliau kehidupan yang berbahagia disamping keluarga. Semoga beliau akan tetap terus menyumbangkan bakti untuk bangsa, agama dan negara InsyaAllah. Terima kasih segunung budi, Jasa kusimpan dilubuk hati, Tunjuk dan ajar penyuluh hari, tegur nasihat amat dihargai.. |
|
Last Updated on Wednesday, 18 January 2012 23:57 |
|
Lawatan Kerja Tim. Pengarah BTP |
|
Written by Haslizah bt Jibin
|
|
Saturday, 03 December 2011 09:04 |
|

Pada hari Rabu, 16 November 2011, PKG Segambut Jaya, Keramat dan Sentul telah dilawati oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari, BTP iaitu Tn Hj Wan Mohd Noor bin Wan Endut dan En Abdul Kadir bin Abdul Wahab, pegawai Bahagian Kewangan BTP. Lawatan berkenaan turut disertai oleh En Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur.
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segambut Jaya, iaitu Pn Haslizah bt Jibin telah menyampaikan beberapa maklumat yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya serta aktiviti-aktiviti sekolah-sekolah ahli yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2011. Merupakan lokasi kedua yang dilewati oleh beliau untuk lawatan kerja ke pusat kegiatan guru Wilayah Kuala Lumpur |
|
Last Updated on Saturday, 03 December 2011 09:28 |
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 18 |